• RaSAfm1201
  • 9908 541966152515956 2132438395 n
  • Professional Headphone Wall by vinceranda
  • Professional Headphone Wall by vinceranda
  • Professional Headphone Wall by vinceranda
  • Professional Headphone Wall by vinceranda
  • Professional Headphone Wall by vinceranda
  • Professional Headphone Wall by vinceranda

Selamat Datang @ Sri Aman :)

Aktiviti Pesta Benak Semakin Rancak Dengan Pelbagai Aktiviti Yang Memastikan Setiap Pengunjung Pasti Menikmati Suasana Berpesta Yang Lain Dari Lain. Benak Terlalu Sinonim Dengan Bandar Sri Aman Sehingga Sri Aman Turut Dikenali Sebagai Bandar Benak Malaysia. Pada Tahun Ini,Pesta Benak Akan Diadakan Pada 18-20 Oktober 2013. RaSAfm Dengan Ini Mengalu-Alukan Kehadiran Anda Semua Ke Bandar Benak Malaysia!!! Jumpa Di Sini!!!!!!

Profil Stesen


SEJARAH STESEN

Stesen Sri Aman adalah stesen kawasan yang ke-4 dilancarkan di luar Kuching sejak Sarawak memasuki Malaysia dalam tahun 1963. Stesen Sri Aman telah dirasmikan pada 21 Oktober 1982 oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Seri Haji Abdul Taib bin Mahmud.

            Pembinaan stesen penyiaran di Sri Aman diluluskan untuk tempoh rancangan Malaysia ke-2 tetapi disebabkan kekurangan perbelanjaan, hanya bangunan stesen pemancar sahaja yang telah dibina dan siap pada awal tahun 1979 di atas sebidang tapak seluas 35.3 ekar dan terletak kira-kira 1.5 km dari pusat bandar Sri Aman. Manakala bangunan penyiaran pula dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM2,606,023.00 di atas tapak seluas 3.234 ekar, kira-kira 1 km dari pusat bandar Sri Aman dan siap pada penghujung tahun 1981.