Rancangan Tonggak

Siaran Bahasa Malaysia

Nama Rancangan:      Gendang Ria

Jangka Masa   :           45 minit

Waktu siaran   :           Rabu @ 10:15 minit pagi

 

SINOPSIS

            Rancangan hiburan yang yang berbentuk santai menggunakan  dialek       tempatan . Rancangan ini merupakan rancangan berbalas pantun  di antara pendengar  yang diiringi oleh irama gendang melayu Sarawak  . Para pendengar akan berbalas pantun atau bermukun dalam dialek Sarawak  melalui talian telefon  mengikut irama gendang yang dimainkan  . Rancangan ini dikendalikan oleh Dj bertugas yang menjadi perantara  .  Rancangan ini juga sering kali diadakan semasa program radio di lokasi dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan .  Pada musim perayaan, ia  dijadikan sebagai sebuah rancangan khas  dengan tema-tema tertentu yang dipilih sesuai dengan sesuatu perayaan.

 

Siaran Bahasa Iban

Nama Rancangan:      Terima Meh Pesan

Jangka Masa   :           30 minit

Waktu siaran   :           Isnin , Selasa ,Rabu , Khamis dan Jumaat @ 14:30 petang

 

SINOPSIS

            Rancangan berbentuk interaktif ini memberi peluang kepada para pendengar berinteraksi dengan DJ pujaan mereka melalui telefon dan menyentuh pelbagai perkara secara santai  yang lebih kepada mewujudkan kemesraan . Di samping itu mereka juga diberi peluang memilih lagu-lagu kegemaran mereka untuk ditujukan kepada rakan - rakan dan sahabat handai . 

 

Siaran Bahasa Mandarin

Nama Rancangan:      Hurray Saturday

Jangka Masa   :           45 minit

Waktu siaran   :           Sabtu @ 17:15 petang

 

SINOPSIS

                Rancangan ini memberi tumpuan kepada golongan masyarakat  yang beristirehat pada hujung minggu mahupun mereka yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh melapangkan minda supaya bebas daripada ‘stress’@ tekanan setelah penat bekerja  sepanjang minggu.  Rancangan  diisikan  dengan titbits dan temuramah  yang memfokuskan kepada aktiviti  bersukan , beriadah , memasak , hiburan , dan aktiviti-aktiviti lain yang bermakna serta  berfaedah  sebagai panduan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.