Penyampai RASAfm

RASAfm bersiaran selama 12 jam mulai 0900 hingga 2100 setiap hari menerusi Gelombang FM 89.5Mhz. RASAfm mempunyai tiga rangkaian siaran iaitu:

i. Perkhidmatan Melayu @Rangkaian Nasional (0900-1200 & 1800-2100)

ii. Perkhidmatan Iban (1200-1500)

iii. Perkhidmatan Cina (1500-1800) 

 

Siaran Rangkaian Nasional terdiri daripada tiga orang kakitangan tetap dan diketuai/Pengelola Perkhidmtan tersebut iaitu Dayang Sofia yang lebih mesra di panggil DJ Sofia. Turut menceriakan siaran tersebut dengan tiga orang Juruhebah Piecemeal.

Manakala Perkhidmatan Iban, Pengelolanya iaitu Ruth Ampong atau lebih dikenali sebagai DJ Ruth. Perkhidmatan Iban terdiri daripada empat kakitangan tetap disamping dua Juruhebah Piecemeal.

Bagi Perkhidmatan Cina mempunyai dua juruhebah tetap serta tiga Juruhebah Piecemeal yang mewarnai Voice of Lupar. Perkhidmatan ini diketuai oleh Phyllis Lahang a.k.a PL