Profil Stesen


SEJARAH STESEN

Stesen Sri Aman adalah stesen kawasan yang ke-4 dilancarkan di luar Kuching sejak Sarawak memasuki Malaysia dalam tahun 1963. Stesen Sri Aman telah dirasmikan pada 21 Oktober 1982 oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Seri Haji Abdul Taib bin Mahmud.

            Pembinaan stesen penyiaran di Sri Aman diluluskan untuk tempoh rancangan Malaysia ke-2 tetapi disebabkan kekurangan perbelanjaan, hanya bangunan stesen pemancar sahaja yang telah dibina dan siap pada awal tahun 1979 di atas sebidang tapak seluas 35.3 ekar dan terletak kira-kira 1.5 km dari pusat bandar Sri Aman. Manakala bangunan penyiaran pula dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM2,606,023.00 di atas tapak seluas 3.234 ekar, kira-kira 1 km dari pusat bandar Sri Aman dan siap pada penghujung tahun 1981.